"jangan jadikan diri sebagai penunggu hentian bas, datang untuk berteduh kemudian pergi berlalu begitu sahaja"

Sunday, September 7, 2014

Cara-cara membayar bil Unifi melalui maybank2u

Sunday, September 07, 2014 Posted by hasruL , , 6 comments
Assalamualaikum,

Hari ini aku nak bagi satu tips Tentang cara-cara bagaimana hendak membayar bil Unifi melalui online banking iaitu maybank2u. Aku tahu dah ramai yang bagi tips ini, tetapi tidak mengapa ini versi aku pulak. Okay sebenarnya aku baru dapat bil unifi baru-baru ini. Ini first bill semenjak aku melangan Unifi. Ikutkan hati mulanya aku merancang hendak pergi ke TM Point dan bayar. Malangnya terlambat bangun hari ini. Dah tutup (agaknya-lah). Jadi, akhirnya aku putuskan untuk bayar melalui online banking.

Gambar 1 Telekom Bill
Kalau kalian nak tahu masa daftar Unifi dulu, pendaftaran atas nama housemate aku. Jadi Account Number, Nama dan lain-lain semua atas nama dia. Walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk aku membuat pembayaran bil melalui maybank2u aku.

Okay.. Tanpa membuang masa lagi dan aku tahu kalian semua dah tak sabar nak tahu cara-caranya kan. Dibawah ini tips-nya:

Mula-mula bukan laman web maybank2uPastikan laman web yang anda buka adalah valid-yang sah dan bukan laman web yang Salah. 
Gambar 2 Maybank2u valid URL
Login ke account maybank2u anda seperti masukkan username dan seterusnya tekan butang next.

Gambar 3 Maybank2u Login
Selepas berjaya masuk ke laman utama profile. Anda boleh nampak search sebelah kanan dengan label Quick Link. Pastikan anda memilih Bill Payment dan tekan butang Go.

 
Gambar 4 Quick Link: Bill Payment
Selepas anda tekan butang Go. Laman seperti dibawah akan muncul. Klik Make a one-off payment.
 
Gambar 5 Make a one-off payment
Selepas anda klik pada Make a one-off payment. Pergi ke View all payees by category, pilih Utilities dan klik Continue.
 
Gambar 6 View all payess by category - Utilities
Di bahagian Now select the company. Pilih Telekom Malaysia Berhad-Unifi di drop down menu dan klik butang Continue.
 
Gambar 7 Utilities
Selepas itu, paparan seperti gambar di bawah akan muncul. Anda hanya perlu masukkan bill account number. Untuk pengetahuan anda, Bill Account Number ini merujuk kepada Account Number semasa anda mendaftar Unifi. Anda boleh rujuk di Telekom Bill Unifi anda dan lihat pada Account No. Contohnya seperti gambar 1 di atas. Sekiranya Account Number tersebut bukan nombor account anda atau anda membayar bill unifi untuk pihak orang lain, jangan risau. Anda hanya perlu masukkan sahaja Account No yang tertera di dalam Telekom Bill dan ikut langkah seterusnya.
 
Gambar 8 Bill Account Number
Paparan seperti gambar di bawah akan muncul dan anda hanya perlu masukkan Amount (jumlah bayaran bil unifi anda) dan click Continue. Sebagai contoh 202.25
 
Gambar 9 Amount
Selepas anda tekan butang continue, paparan seperti di bawah akan muncul. Terdapat 2 perkara di bahagian ini yang anda perlu lakukan untuk membolehkan anda mendapatkan TAC number. Sebelum itu pastikan anda telah mengaktifkan number telefon semasa mendaftar maybank2u anda terlebih dahulu.
  1. Klik pada Request a TAC number untuk mendapatkan TAC nombor dan selepas itu satu paparan window akan muncul di screen computer anda seperti gambar 11 dibawah. Anda hanya perlu tunggu seketika untuk mendapatkan TAC number melalui telefon bimbit anda.
  2. Setelah anda menerima message tersebut, masukkan nombor TAC yang telah di berikan ke dalam ruang yang tertera seperti dalam gambar di bawah.
Gambar 10 Transaction Authorisation Code (TAC)

Gambar 11 TAC Request
Selepas anda masukkan TAC number paparan seperti dalam gambar di bawah akan muncul. Anda boleh lihat pada Status menyatakan transaksi anda telah berjaya. Dan jangan lupa untuk klik pada butang Print receipt untuk mendapatkan receipt anda. Dan save di computer anda. Ini sangat penting untuk membuktikan bahawa anda telah membayar bil Unifi anda, kerana terdapat reference number di dalam receipt tersebut untuk digunakan apabila anda membuat semakan pembayaran bil anda kelak sekiranya terdapat sebarang masalah.
 
Gambar 12 Bill Payment Successful

Gambar 13 Receipt

Well done guys! Anda sudah Berjaya membayar bil Unifi anda.

---

Cara-cara membuat semakan samada anda sudah menjelaskan bil Unifi atau tidak.

Kebiasaanya selepas 3 hari anda membuat transaksi TM record billing system akan update transaksi yang telah anda lakukan.
  1. Anda boleh membuat panggilan ke TM center melalui dial nombor seperti berikut 1-300-88-1222 dan ikut arahan seterusnya.
  2. Jangan lupa untuk sediakan reference number pembayaran anda.
  3. Sekiranya anda mengunakan telefon TM rumah anda untuk menelefon TM Center, setiap 1 minute hanya dikenakan charge sebanyak 8 sen.

Okay…sampai disini dahulu coretan saya. Sharing is caring.

Terima Kasih kerana setia membaca.

Entry akan datang: Cara-cara membayar bil Elektrik melalui maybank2u

Saturday, September 6, 2014

Konvokesyen

Saturday, September 06, 2014 Posted by hasruL , No comments
Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Aku berharap semoga kalian semua sihat belaka hendakNya. Semoga apa yang kita buat pada hari ini mendapat rahmat dan keredhoan dari Allah S.W.T. InshaaAllah. Ameen.

Source: Google.com

Seperti yang aku telah janjikan pada entry lepas, kali ini aku akan ceritakan tentang hari konvokesyen aku yang lalu. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat jua aku tamat belajar pada tempoh yang ditetapkan. Tidak menjangka sebenarnya yang aku berjaya tamat belajar pada tempoh yang ditetapkan oleh pihak universiti kerana aku ada sedikit komplikasi semasa akhir semester. Bermacam dugaan dan ujian yang Allah turunkan pada aku. Alhamdullilah dengan izinNya jugalah aku berjaya harungi dengan sabar, kuat dan baik.

Istiadat konvokesyen ke 79 Universiti Teknologi Mara – 9 November hingga 19 November 2014

Aku dapat sidang ke 6 dan waktu pagi. Alhamdullilah keluarga aku dari Kedah datang. Mereka sempat bermalam semalaman di rumah abang aku di Cheras. Seronok sangat dapat tahu keluarga datang dari jauh semata-mata untuk menyambut hari konvokesyen aku. Pada keluarga terima kasih sangat sebab sanggup ambil cuti untuk datang.

Dibawah ini, beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa hari tersebut. Tapi sayang sangat, sebab banyak gambar yang tidak berapa elok sebab kamera buat masalah. Lepas balik rumah tengok semula dalam computer baru perasan. Apa pun mari kita layan gambar-gambar tersebut.

Haaa.. nak tahu tak siapa mereka ini? Kalau nak tahu, mereka ini lah yang mengasuh dan mendidik aku sejak kecil hingga ke besar dan sekarang. Tanpa mereka, memang tidak akan ada aku di muka bumi ini. Dengan perasaan bangganya aku nak perkenalkan dari kiri mak aku, aku dan ayah. Depan tu adik yang paling kecil sekali dalam keluarga. Nama dia Nur Hatikah. Dia comel sangat. Rupa dia saling tak tumpah macam wajah mak. Dia antara bidadari syurga yang Allah S.W.T hadiahkan buat kami sekeluarga. Sayang dia sangat-sangat. Dia suka makan soya dan roti.

Manakala, yang ramai ini pula ialah sebahagian dari keluarga aku yang datang ke majlis konvokesyen Ijazah aku. Perkenalkan, dari  belakang aiman, mak, aku dan ayah. Manakala bahagian depan pula, dari kiri abang amy dan keluarganya (kak ila), adik hatikah, keluarga kak long dan adik-adik perempuan aku. Seorang lagi kak aku yang datang. Tak ada dalam gambar ini. Kak shila mana? dia dalam kereta. Tidak dapat hendak bergambar bersama sebab anaknya tidur. 

Ini saing rapat aku. Dari kiri pik, wan dan aku. Mereka memang baik sangat. Rakan melepak, belajar, jalan-jalan, gila-gila bersama. Satu course-mate.  Lepas keluar dari dewan, masing-masing dah cari keluarga masing-masing. Tak sempat dah nak bergambar beramai-ramai satu class-mate. Sebab kesiankan keluarga yang tunggu di luar. Panas. Ini mujur terserempak dan sempat bergambar dengan mereka. 

Haa.. ini pula bff's aku. Dari kiri sha, yan dan aku. Sha aku kenal sejak dari sekolah menengah lagi. Then sama-sama sambung belajar diploma ke UiTM, dia ke Shah Alam dan aku ke Perak. Manakala yan aku kenal dia masa mula sambung belajar degree di UiTM Shah Alam. Satu class-mate dan project-mate. Tahniah buat yan sebab dapat Anugerah Naik Canselor (ANC). You memang deserved! Bangga sangat aku dapat kawan macam dia. Dua-dua orang ini hebat sangat.

---

Selepas habis majlis konvokesyen di Dewan Agong Tengku Canselor (DATC),  aku bawa keluarga pergi makan tengahari. Sempena gaji kerja pertama aku selepas tamat belajar dengan lulusan Ijazah. Aku bawa keluarga makan nasi arab. Special sedikit sebab ada yang tidak pernah makan sebelum ini. Seronok sangat apabila tengok semua kenyang sebelum bertolak balik terus ke Cheras dan Kedah. Bawah ini gambar semasa kami makan.


Tengok. Semangat betul makan. Semua sudah lapar, penat sangat tunggu di luar dewan tadi semasa menunggu aku habis dapatkan scroll. Makan ayam tu. Suka ayam. Aku pilih restoran di Giant pusat komersial.

Ini lagi gambar keluarga tengah makan. Kusyuk tu..makan nasi arab. 

Ini lepas habis makan. Rehat kejap, sebelum masing-masing bergerak balik ke Cheras dan Kedah. Borak-borak dulu sambil tunggu nasi turun dalam perut sebab dah lama tak jumpa kan.

Untuk pengetahuan semua, aku jarang balik kampung selepas tamat belajar. Sejak dapat kerja. Dengan komitment kerja mengehadkan aku untuk kerap balik ke kampung. Tapi, Alhamdulillah mujur keluarga semua faham. InshaaAllah, untuk entry mendatang aku akan ceritakan pula tentang kerja pertama aku selepas tamat belajar.

Okay semua... sampai disini dulu coretan aku. Lepas ini, InshaaAllah kalau ada rezeki untuk sambung belajar lagi selepas 2 tahun, aku akan keluarkan lagi satu entry pula tentang konvokesyen master aku. Time itu, aku akan karang lebih panjang lagi. Cuba. HAHA~ penat juga wei sebenarnya nak mengarang panjang-panjang ni sebab dah lama tak buat kan. 

Terima Kasih kerana setia membaca.

Entry akan datang: Cara-cara membayar bil Unifi melalui maybank2u




Thursday, September 4, 2014

Comeback

Thursday, September 04, 2014 Posted by hasruL 1 comment
Assalamualaikum semua,

Haaa…terkejut tak? Terkejut tak?? Entry terbaru kan. Semangat nak menulis kembali membara-bara buat masa kini-lah. HAHA~


Harap-harap semoga kalian semua sihat belaka hendakNya. Agak sudah lama juga aku tidak menulis disini kan. Alhamdullilah, hari ini aku diberi kesempatan dan peluang untuk terus menulis semula. Boleh jadi ini comeback aku ke arena blogging-lah.

Source: Google.com
Semalam rakan seperjuangan hidup a.k.a housemate aku baru mula buat blog. Lantas terdetik untuk aku kembali aktif menulis. Kononya nak bersaing juga dengan dia..haha.. Bersaing untuk menulis blog-lah.  Bersaing tentang perkara yang baik-baik bagus. Jangan bersaing tentang perkara yang jahat, itu  sangat-lah tidak bagus! Sebagai contoh, niat menulis blog hanya untuk memalukan seseorang itu atau menulis perkara yang tidak benar tentang seseorang itu. Tidak bagus. Kalau boleh biarlah niat itu betul..supaya pada masa yang sama kita boleh mendapat pahala. So, dalam kontek ini kami bersaing secara baik. Kami ke? InshaaAllah.

Okay..sebenarnya banyak yang hendak di coretkan disini untuk dijadikan kenangan masa akan datang. Untuk diri aku lah. Yelah.. otak aku ini short-term memory sahaja bukan long-term. Tak tahu lah kalau otak reader semua long-term memory kan. Mungkin hari ini aku boleh ingat apa yang berlaku dalam hidup aku. Bagaimana pula dengan  hari esok, lusa atau hari-hari yang bakal mendatang? Yes, for sure tidak akan mampu untuk aku ingat semua itu. Mustahil woi.

Blog ini diberikan nafas baru. Iaitu untuk aku coretkan perjalan hidup aku dalam mengejar impian hidup aku SELEPAS aku TAMAT BELAJAR Kira lebih berobjektif-lah dan terurus. Corak penulisan akan aku cuba matangkan seiring dengan usia yang meningkat. Mungkin tentang perkara yang menyeronokkan mahupun menyedihkan dalam hidup aku. Apa-apa kita tunggu untuk kemunculan entri-entri yang bakal mendatang ok. Bunyi seperti aku akan sentiasa bersemangat dan ada masa untuk menulis kan. Doa-doakan lah ye. Tetapi aku akan cuba untuk memberi komitment dan berdisplin menulis di sini. Sebagai pelengkap kenangan kenangan manis dan pahit aku untuk hari kelak.

Sampai di sini sahaja dahulu coretan aku. Entri seterusnya aku akan ceritakan tentang konvokeysen aku yang lalu.

Terima kasih yang membaca. Mana jumpa blog ini? Share lah dengan drop komen di bawah ok.

Entry akan datang: Konvokesyen