Assalamualaikum semua,
Haaa…terkejut tak? Terkejut tak?? Entry terbaru
kan. Semangat nak menulis kembali membara-bara buat masa kini-lah. HAHA~
Harap-harap semoga kalian semua sihat
belaka hendakNya. Agak sudah lama juga aku tidak menulis disini kan.
Alhamdullilah, hari ini aku diberi kesempatan dan peluang untuk terus menulis semula.
Boleh jadi ini comeback aku ke arena
blogging-lah.
Source: Google.com |
Semalam rakan seperjuangan hidup a.k.a
housemate aku baru mula buat blog. Lantas terdetik untuk aku kembali aktif
menulis. Kononya nak bersaing juga dengan dia..haha.. Bersaing untuk menulis
blog-lah. Bersaing tentang perkara yang
baik-baik bagus. Jangan bersaing tentang perkara yang jahat, itu sangat-lah tidak bagus! Sebagai contoh, niat
menulis blog hanya untuk memalukan seseorang itu atau menulis perkara yang
tidak benar tentang seseorang itu. Tidak bagus. Kalau boleh biarlah niat itu
betul..supaya pada masa yang sama kita boleh mendapat pahala. So, dalam kontek
ini kami bersaing secara baik. Kami ke? InshaaAllah.
Okay..sebenarnya banyak yang hendak di
coretkan disini untuk dijadikan kenangan masa akan datang. Untuk diri aku lah.
Yelah.. otak aku ini short-term memory sahaja bukan long-term. Tak tahu lah
kalau otak reader semua long-term memory kan. Mungkin hari ini aku boleh ingat
apa yang berlaku dalam hidup aku. Bagaimana pula dengan hari esok, lusa atau hari-hari yang bakal
mendatang? Yes, for sure tidak akan mampu untuk aku ingat semua itu. Mustahil
woi.
Blog ini diberikan nafas baru. Iaitu untuk
aku coretkan perjalan hidup aku dalam mengejar impian hidup aku SELEPAS aku TAMAT
BELAJAR Kira lebih berobjektif-lah dan terurus. Corak penulisan akan aku cuba
matangkan seiring dengan usia yang meningkat. Mungkin tentang perkara yang
menyeronokkan mahupun menyedihkan dalam hidup aku. Apa-apa kita tunggu untuk
kemunculan entri-entri yang bakal mendatang ok. Bunyi seperti aku akan sentiasa
bersemangat dan ada masa untuk menulis kan. Doa-doakan lah ye. Tetapi aku akan
cuba untuk memberi komitment dan berdisplin menulis di sini. Sebagai pelengkap
kenangan kenangan manis dan pahit aku untuk hari kelak.
Sampai di sini sahaja dahulu coretan aku.
Entri seterusnya aku akan ceritakan tentang konvokeysen aku yang lalu.
Terima kasih yang membaca. Mana jumpa blog
ini? Share lah dengan drop komen di bawah ok.
Entry akan datang: Konvokesyen
Emmm~
ReplyDelete