"jangan jadikan diri sebagai penunggu hentian bas, datang untuk berteduh kemudian pergi berlalu begitu sahaja"

Saturday, September 6, 2014

Konvokesyen

Saturday, September 06, 2014 Posted by hasruL , No comments
Assalamualaikum semua,

Apa khabar? Aku berharap semoga kalian semua sihat belaka hendakNya. Semoga apa yang kita buat pada hari ini mendapat rahmat dan keredhoan dari Allah S.W.T. InshaaAllah. Ameen.

Source: Google.com

Seperti yang aku telah janjikan pada entry lepas, kali ini aku akan ceritakan tentang hari konvokesyen aku yang lalu. Alhamdulillah syukur sangat-sangat kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat jua aku tamat belajar pada tempoh yang ditetapkan. Tidak menjangka sebenarnya yang aku berjaya tamat belajar pada tempoh yang ditetapkan oleh pihak universiti kerana aku ada sedikit komplikasi semasa akhir semester. Bermacam dugaan dan ujian yang Allah turunkan pada aku. Alhamdullilah dengan izinNya jugalah aku berjaya harungi dengan sabar, kuat dan baik.

Istiadat konvokesyen ke 79 Universiti Teknologi Mara – 9 November hingga 19 November 2014

Aku dapat sidang ke 6 dan waktu pagi. Alhamdullilah keluarga aku dari Kedah datang. Mereka sempat bermalam semalaman di rumah abang aku di Cheras. Seronok sangat dapat tahu keluarga datang dari jauh semata-mata untuk menyambut hari konvokesyen aku. Pada keluarga terima kasih sangat sebab sanggup ambil cuti untuk datang.

Dibawah ini, beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa hari tersebut. Tapi sayang sangat, sebab banyak gambar yang tidak berapa elok sebab kamera buat masalah. Lepas balik rumah tengok semula dalam computer baru perasan. Apa pun mari kita layan gambar-gambar tersebut.

Haaa.. nak tahu tak siapa mereka ini? Kalau nak tahu, mereka ini lah yang mengasuh dan mendidik aku sejak kecil hingga ke besar dan sekarang. Tanpa mereka, memang tidak akan ada aku di muka bumi ini. Dengan perasaan bangganya aku nak perkenalkan dari kiri mak aku, aku dan ayah. Depan tu adik yang paling kecil sekali dalam keluarga. Nama dia Nur Hatikah. Dia comel sangat. Rupa dia saling tak tumpah macam wajah mak. Dia antara bidadari syurga yang Allah S.W.T hadiahkan buat kami sekeluarga. Sayang dia sangat-sangat. Dia suka makan soya dan roti.

Manakala, yang ramai ini pula ialah sebahagian dari keluarga aku yang datang ke majlis konvokesyen Ijazah aku. Perkenalkan, dari  belakang aiman, mak, aku dan ayah. Manakala bahagian depan pula, dari kiri abang amy dan keluarganya (kak ila), adik hatikah, keluarga kak long dan adik-adik perempuan aku. Seorang lagi kak aku yang datang. Tak ada dalam gambar ini. Kak shila mana? dia dalam kereta. Tidak dapat hendak bergambar bersama sebab anaknya tidur. 

Ini saing rapat aku. Dari kiri pik, wan dan aku. Mereka memang baik sangat. Rakan melepak, belajar, jalan-jalan, gila-gila bersama. Satu course-mate.  Lepas keluar dari dewan, masing-masing dah cari keluarga masing-masing. Tak sempat dah nak bergambar beramai-ramai satu class-mate. Sebab kesiankan keluarga yang tunggu di luar. Panas. Ini mujur terserempak dan sempat bergambar dengan mereka. 

Haa.. ini pula bff's aku. Dari kiri sha, yan dan aku. Sha aku kenal sejak dari sekolah menengah lagi. Then sama-sama sambung belajar diploma ke UiTM, dia ke Shah Alam dan aku ke Perak. Manakala yan aku kenal dia masa mula sambung belajar degree di UiTM Shah Alam. Satu class-mate dan project-mate. Tahniah buat yan sebab dapat Anugerah Naik Canselor (ANC). You memang deserved! Bangga sangat aku dapat kawan macam dia. Dua-dua orang ini hebat sangat.

---

Selepas habis majlis konvokesyen di Dewan Agong Tengku Canselor (DATC),  aku bawa keluarga pergi makan tengahari. Sempena gaji kerja pertama aku selepas tamat belajar dengan lulusan Ijazah. Aku bawa keluarga makan nasi arab. Special sedikit sebab ada yang tidak pernah makan sebelum ini. Seronok sangat apabila tengok semua kenyang sebelum bertolak balik terus ke Cheras dan Kedah. Bawah ini gambar semasa kami makan.


Tengok. Semangat betul makan. Semua sudah lapar, penat sangat tunggu di luar dewan tadi semasa menunggu aku habis dapatkan scroll. Makan ayam tu. Suka ayam. Aku pilih restoran di Giant pusat komersial.

Ini lagi gambar keluarga tengah makan. Kusyuk tu..makan nasi arab. 

Ini lepas habis makan. Rehat kejap, sebelum masing-masing bergerak balik ke Cheras dan Kedah. Borak-borak dulu sambil tunggu nasi turun dalam perut sebab dah lama tak jumpa kan.

Untuk pengetahuan semua, aku jarang balik kampung selepas tamat belajar. Sejak dapat kerja. Dengan komitment kerja mengehadkan aku untuk kerap balik ke kampung. Tapi, Alhamdulillah mujur keluarga semua faham. InshaaAllah, untuk entry mendatang aku akan ceritakan pula tentang kerja pertama aku selepas tamat belajar.

Okay semua... sampai disini dulu coretan aku. Lepas ini, InshaaAllah kalau ada rezeki untuk sambung belajar lagi selepas 2 tahun, aku akan keluarkan lagi satu entry pula tentang konvokesyen master aku. Time itu, aku akan karang lebih panjang lagi. Cuba. HAHA~ penat juga wei sebenarnya nak mengarang panjang-panjang ni sebab dah lama tak buat kan. 

Terima Kasih kerana setia membaca.

Entry akan datang: Cara-cara membayar bil Unifi melalui maybank2u




0 comments:

Post a Comment