"jangan jadikan diri sebagai penunggu hentian bas, datang untuk berteduh kemudian pergi berlalu begitu sahaja"

Sunday, September 7, 2014

Cara-cara membayar bil Unifi melalui maybank2u

Sunday, September 07, 2014 Posted by hasruL , , 6 comments
Assalamualaikum,

Hari ini aku nak bagi satu tips Tentang cara-cara bagaimana hendak membayar bil Unifi melalui online banking iaitu maybank2u. Aku tahu dah ramai yang bagi tips ini, tetapi tidak mengapa ini versi aku pulak. Okay sebenarnya aku baru dapat bil unifi baru-baru ini. Ini first bill semenjak aku melangan Unifi. Ikutkan hati mulanya aku merancang hendak pergi ke TM Point dan bayar. Malangnya terlambat bangun hari ini. Dah tutup (agaknya-lah). Jadi, akhirnya aku putuskan untuk bayar melalui online banking.

Gambar 1 Telekom Bill
Kalau kalian nak tahu masa daftar Unifi dulu, pendaftaran atas nama housemate aku. Jadi Account Number, Nama dan lain-lain semua atas nama dia. Walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk aku membuat pembayaran bil melalui maybank2u aku.

Okay.. Tanpa membuang masa lagi dan aku tahu kalian semua dah tak sabar nak tahu cara-caranya kan. Dibawah ini tips-nya:

Mula-mula bukan laman web maybank2uPastikan laman web yang anda buka adalah valid-yang sah dan bukan laman web yang Salah. 
Gambar 2 Maybank2u valid URL
Login ke account maybank2u anda seperti masukkan username dan seterusnya tekan butang next.

Gambar 3 Maybank2u Login
Selepas berjaya masuk ke laman utama profile. Anda boleh nampak search sebelah kanan dengan label Quick Link. Pastikan anda memilih Bill Payment dan tekan butang Go.

 
Gambar 4 Quick Link: Bill Payment
Selepas anda tekan butang Go. Laman seperti dibawah akan muncul. Klik Make a one-off payment.
 
Gambar 5 Make a one-off payment
Selepas anda klik pada Make a one-off payment. Pergi ke View all payees by category, pilih Utilities dan klik Continue.
 
Gambar 6 View all payess by category - Utilities
Di bahagian Now select the company. Pilih Telekom Malaysia Berhad-Unifi di drop down menu dan klik butang Continue.
 
Gambar 7 Utilities
Selepas itu, paparan seperti gambar di bawah akan muncul. Anda hanya perlu masukkan bill account number. Untuk pengetahuan anda, Bill Account Number ini merujuk kepada Account Number semasa anda mendaftar Unifi. Anda boleh rujuk di Telekom Bill Unifi anda dan lihat pada Account No. Contohnya seperti gambar 1 di atas. Sekiranya Account Number tersebut bukan nombor account anda atau anda membayar bill unifi untuk pihak orang lain, jangan risau. Anda hanya perlu masukkan sahaja Account No yang tertera di dalam Telekom Bill dan ikut langkah seterusnya.
 
Gambar 8 Bill Account Number
Paparan seperti gambar di bawah akan muncul dan anda hanya perlu masukkan Amount (jumlah bayaran bil unifi anda) dan click Continue. Sebagai contoh 202.25
 
Gambar 9 Amount
Selepas anda tekan butang continue, paparan seperti di bawah akan muncul. Terdapat 2 perkara di bahagian ini yang anda perlu lakukan untuk membolehkan anda mendapatkan TAC number. Sebelum itu pastikan anda telah mengaktifkan number telefon semasa mendaftar maybank2u anda terlebih dahulu.
  1. Klik pada Request a TAC number untuk mendapatkan TAC nombor dan selepas itu satu paparan window akan muncul di screen computer anda seperti gambar 11 dibawah. Anda hanya perlu tunggu seketika untuk mendapatkan TAC number melalui telefon bimbit anda.
  2. Setelah anda menerima message tersebut, masukkan nombor TAC yang telah di berikan ke dalam ruang yang tertera seperti dalam gambar di bawah.
Gambar 10 Transaction Authorisation Code (TAC)

Gambar 11 TAC Request
Selepas anda masukkan TAC number paparan seperti dalam gambar di bawah akan muncul. Anda boleh lihat pada Status menyatakan transaksi anda telah berjaya. Dan jangan lupa untuk klik pada butang Print receipt untuk mendapatkan receipt anda. Dan save di computer anda. Ini sangat penting untuk membuktikan bahawa anda telah membayar bil Unifi anda, kerana terdapat reference number di dalam receipt tersebut untuk digunakan apabila anda membuat semakan pembayaran bil anda kelak sekiranya terdapat sebarang masalah.
 
Gambar 12 Bill Payment Successful

Gambar 13 Receipt

Well done guys! Anda sudah Berjaya membayar bil Unifi anda.

---

Cara-cara membuat semakan samada anda sudah menjelaskan bil Unifi atau tidak.

Kebiasaanya selepas 3 hari anda membuat transaksi TM record billing system akan update transaksi yang telah anda lakukan.
  1. Anda boleh membuat panggilan ke TM center melalui dial nombor seperti berikut 1-300-88-1222 dan ikut arahan seterusnya.
  2. Jangan lupa untuk sediakan reference number pembayaran anda.
  3. Sekiranya anda mengunakan telefon TM rumah anda untuk menelefon TM Center, setiap 1 minute hanya dikenakan charge sebanyak 8 sen.

Okay…sampai disini dahulu coretan saya. Sharing is caring.

Terima Kasih kerana setia membaca.

Entry akan datang: Cara-cara membayar bil Elektrik melalui maybank2u

6 comments: