"jangan jadikan diri sebagai penunggu hentian bas, datang untuk berteduh kemudian pergi berlalu begitu sahaja"

Thursday, January 27, 2011

Aku benci kau

Thursday, January 27, 2011 Posted by hasruL No comments
senyuman sinis kau seolah olah memerli aku
jelingan pandangan kau seperti menikam aku
gelak tawa kau ibarat menghina ku
kelakuan kau jelas memeritkan aku

apa salah aku sering menjadi mangsa
tak pernah untuk aku mencari silap sesiapa
adat manusia tiada yang sempurna
tapi kenapa aku yang harus kena

aku tahu kau punya kenalan hebat
aku tahu kau ada reputasi ligat
aku tahu kau miliki pengaruh kuat
aku tahu kau empunya pengikut erat
segala kuasa kau ada

jangan pula aku kau hina
aku juga manusia
punya perasaan memberontak jua

bukan pinta aku disenangi ramai
aku bukan jenis gila punya kawan ramai
dah orang suka kawan aku
nak buat macam mana

aku benci kau
bukan sebab kau punya kuasa
bukan kerna kau ada harta
tidak juga kerana pengaruh yang ada
sungguh pun kau punya segala
kau aku benci
kerana sifat kau amat keji
cara kau guna kotor sekali
penghinaan kau perit menikam hati
akan aku pertahan maruah ini



p/s : hidup ni banyak dugaan.





Kawan Jenis Apa Kau

Thursday, January 27, 2011 Posted by hasruL No comments
kawan makan kawan
jaja cerita di jalanan
tokok tambah cerita penuh hasutan
agar kau dapat pujian

muka kau memang talam
perangai kau macam haram
kawan sendiri kau tikam
dengan kata kata penuh hitam

kawan sama kawan kau laga
motif kau penuh dusta belaka
depan cerita kau lah hamba
belakang cerita kau lah raja

sebab kau kami bertelagah
kerana kau kami gundah
salah faham punca amarah
kau hanya ketawa berdekah dekah

kau memang raja sembang
semua orang kau nak temberang
kau cakap memang senang
memang kau tempah pelempang

propaganda kau pecah tembelang
agenda sinis kau dapat dihalang
persahabatan kami masih lantang
yang benar tetap akan menang

dunia ini ada karma
kau pasti terima hukumanya
antara lambat cepat saja
tak dunia di akhirat sana


p/s : dalam sepuluh kawan mesti ada seorang yang berbeza



credited to http://publicitypublic.blogspot.com/

Aku Diam Bukan Kerna Aku Bisu

Thursday, January 27, 2011 Posted by hasruL No comments

halusinasi ku bisu
otak ku makin buntu
lidah pula bertambah kelu
naluri ini sudah beku

namun ku selalu begitu
diam ku ada maksud tertentu
muhasabah diri yang celaru
agar rendah diri selalu


hidup ini sukar diduga
kadang kala di atas sana
jangan pula bongkak alpa
kadang kala di bawah seketika
jangan marahkan tuhan pula

kita sama manusia
ada lemah ada kuasa
ada jahat ada baiknya
ada kala sering terlupa
ingat mengingatlah sesama kita

hidup kita tak lama
tak perlu nak bermasam muka
tak guna memberontak tak tentu hala
tak payah nak naik ego semua
bila alpa cermin diri semula

walau kita tak kenal rupa
walau kita tak tahu budi bicara
walau kita berbeza usia
walau kita tak pernah bersua
walau ikatan kita sebentar cuma
namun sedikit amal kita kekal selamanya

puisi ini tidak kata siapa
hanya nukilan cabuk cuma
sekadar mengingatkan diri hamba
berbuat baik tak kira siapa







credited to http://publicitypublic.blogspot.com/

Monday, January 24, 2011

Thanks....what for??

Monday, January 24, 2011 Posted by hasruL No comments
Aku ada sorang kawan baik yang sayang sangat2 kat aku (_) Dia la yang selalu nasihat aku kalau aku buat benda2 yang bukan2 (senang cita-benda2 yang jahat la - benda2 jahat?? mcm mana 2?? - haa..hangpa pikiaq la sendiri pa menda jahat 2). Takkala aku diuji dengan belbagai masalah dia lah yang selalu teman aku disisi. Tenangkan aku...bagi semangat dekat aku dan luangkan masa dia untuk aku. Senang cita macam2 la dia buat utuk aku lupakan masalah aku. Dia memang seorang yang baik dan memahami aku..~~

Aku ingat lagi satu mesej ni yang mana dia hantaq kat aku :

"wan baik..banyak bagi semangat untuk ari berusaha..bila fikir pasal wan, ari jadi semangat..wan hargai kawan2..dan yang paling ari benci time wan couple xbagi taw ari tiba-tiba taw dah terluka..ari xtahan, ari xsuka orang sakiti kawan2 ari.."


walaupun dah banyak kali aku buli dia dulu...dia tetap maafkan aku..masih lagi anggap aku baik. Masih lagi jadikan aku sumber inspirasi bagi dia..walhal aku ni orang yang teruk. Jahat...suka sanggat mainkan dia. Tapi dia ni..masih lagi sudi jadi teman aku.. Dia bukan kawan sekadar kawan, susah nak cari penganti bagi diri dia...aku anggap dia kawan terBAIK hidup aku.

Kalau 1 hari awak menangis,bagi taw saya...
saya xjanji nak buat awak tersenyum,
tapi..
saya boleh menangis bersama awak
kalau 1 hari awak ada masalah...
bagi taw saya,
saya xjanji nak bagi awak penyelesaiannya,
tapi..
awak boleh kongsi dengan saya
Kalau 1 hari awak mahu berjalan pergi...
bagi taw saya,
saya xjanji untuk halang awak pergi,
tapi..
saya boleh pergi bersama awak
kalau 1 hari awak perlukan seseorang untuk menjadi teman...
saya sedia menjadi teman awak (^_^)






p/s : lemah lembut dia masih lagi seperti dulu..garang dalam tutur kata sopan dalam berbahasa itulah gerangan dia.. (n_n)


SmileyCentral.com

Thursday, January 20, 2011

walaupun lama tapi berharga

Thursday, January 20, 2011 Posted by hasruL No comments

Dulu masa kat university..aku ada tulis atas mw.doc pasal story2 yang aku nk post kat blog aku ni...tp 2 la mcm aku bagi taw..masalah aku 2 lupa password. Sampai la saat ni aku masih lagi simpan story2 2. La..aku nak post bagi hangpa baca..walaupun xsyok dan xbest mana cerita aku ni. Cuba2 la baca. Kot2 la leh tambah ilmu hangpa ka [.hahah...yaka??] Masa aku tulis crta ni aku msh lgi dalam mood novel..2 pasai la ayat aku ni lain mcm skit susunan cerita dia...k la..xmau leter panjang hangpa baca la...~~


23haribulan 12

Hari ne 23 haribulan 12. Angin pagi seolah-olah mengajak aku untuk menulis blog. Dalam hati terdengar seolah-olah jantung dan perasaan hati lagi sedang berbisik mengajak aku untuk menulis. Lagi pun sudah lama aku tidak meluagkan masa untuk menulis blog. Aku masih ingat lagi sewaktu aku di university aku tak berkesempatan untuk meluagkan masa menulis blog. Maklumlah mugkin lagi sibuk mengulangkaji pelajaran. Lagi han aku bimbang akan keputusan untuk semester ini ( semester 3) sekirangnya tidak mencapai sasaran. Siapa mahu seandainya zahiran diri grade dengan purata cgpa mencapai bawah 3.0 kebawah. Sesunggahnya miliki cgpa 3.0 kebawah bukan idaman pujaan hati para siswa mahupun siswi. Terutamanya aku.

Lagu Almost Easy nyanyian Agenged Sevenfold lagi sedang berkumandang di telinga aku. Stereo speaker dengan frequency range 25 ~ 150 Hz,subwoofer memecah suasana keheningan pagi. Otak aku lagi sedang memacu laju memikirkan cerita yang hendak aku noktahkan diatas lembaran kertas berupaya Microsoft word di hadapan aku yang juga bertindak sebagai pendokong laptop aku.

Hari ini 19 haribulan 01-2010 seolah-olah sikap kemesraan aku telah memecah bak hamparan kaca yang bertaburan diatas lantai. Mana mugkian akan aku baiki kaca itu yang sudah bertaburan dilantai..apatah lagi ia sudah tidak bernilai buat pemiliknya.

Saat Quartz 1949 menunjukan anak panah jam tepat 1826..anak-anak jari kiri dan kanan lagi sibuk memacu menaip setiap rangkap ugkapan untuk diposkan di blog..

Dunia oh dunia

Kau seolah-olah tidak menjemputku bersamakau disaat aku memerlukan kau. Kau seolah-olah mematikan semua orang selama ini bersama ku untuk melupakan aku disaat aku sulit dan memerlukan kesemua nikmat itu.

Aku lagi umpama sehelai hamparan daun yang bertebangan tanpa tujuan tetapi tetap diambil disaat hendak memerlukan. Mana mugkin lumrah hari ini membawa kegembiraan kepadaku.


22 haribulan 01

Hari ini 22haribulan 01 tepat jam 1616 “Semangat baru perjuangan yang baru….” terukir berbunga mekar memenuhi halwa telingaku. Saat dendangan lagu nanyian Bunkface dengan frequency radio 104.50MHz menarik perhatianku untuk meneruskan menulis blog ini.

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan ditengah hari. Itu lah ungkapan paling baik yang boleh aku ungkapkan dari mengeluarkan kata-kata kesat dan mencarut buat si dia yang telah mengecewakan aku. Malah telah mematikan kepercayaan aku padanya.

Angan malam yang menghembus disaat jam ditangan menunjukkan pukul 2215 minit malam. Aku mengelambun seketika takkala jari jemari tidak bergerak dek kekeringan kemahuan untuk meluncur laju di facebook. Din yang dari tadi dengan pacuannya masih tidak menyedari apa yang sedang aku lakukan. Aku sudah memeriksa notification tetapi tidak ada benda yang menarik aku hendak feedback. Tetiba dikala aku kebosanan terlihat aku, search yang tertera di atas laman facebook. Aku cuba meluncur perlahan-lahan untuk mencari orang-orang yang aku cuba hendak jejaki. Sehinggakan aku nya profile aku jua cubakan. Tertarik aku untuk mencuba nama kekasihku. Walaupun aku mengetahui sudah berkali-kali dia memberitahuku bahawa dia tidak mempunyai email. Apatah lagi mengetahui laman sawang yang tidak pernah dia mencuba dan mengenali. Bagaimanapun dengan kemahuan dan rasa ingin mengetahui “mana lah tahu sekiranya ada orang yang sama nama dengan nya,berapa ramai orang?” apa yang dicari sudah tertera dihadapan ku dengan cahaya laptop yang samar-samar memenuhi ruang keyboard aku mendapati hanya seorang pelayar sahaja yang menggunakan namanya. Tanpa membuangkan masa aku cuba hendak mengetahui siapakah gelaran yang mempunyai nama dengannya. Aku membaca maklumat yang dipaparkan alagkah terkejutnya aku pabla mendapati ia orangnya. Tetapi kegembiraan yang mekar berbunga semasa aku mendapati itulah dia terkubur seketika takkala melihat status yang dipaparkan yang amat jauh berbeza dari apa yang aku fikirkan. “in relationship *****”


Result`

Debaran jantung semakin kencang. Perasaan takut gementar menyelubungi diri aku. Seperti biasa acapkali result akan keluar perasaan yang sama akan menyulubungi diri aku. Terasa bagaikan ombak kencang tsunami melanda jantung aku. Tetapi saat ini perassan gementar itu berbeza sekali berbanding sebelum ini. Mungkin ini adalah harapan yang terlalu tinggi aku berikan kan pada keputusan peperiksaan buat kali ini.

Mungkin benar aku sememangnya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang amat cemerlang buat kali ini. Doakan dan harapan aku biarlah semakin hampir ke penghujung semester keputusan aku semakin naik. Ya Allah sememangnya aku berharap dan berdoa sangat kepada-Mu. Berikan kan lah aku keputusan yang cemerlang. Luluskan lah kesemua matapelajaran yang aku ambil. Aku sememangnya mahu mengembirakan keluarg aku.

Saat kawan-kawan lain sudah menyemak keputusan mereka. Aku masih lagi disatu sudut menghitung saat dan waktu untuk mengetahui keputusan aku. Terlalu tebal perasaan takut untuk mengetahui result kali ini. Sememngnya kali ini lain, aku bersama-sama kawan seperjuangan. Masing-masing akan mengetahui keputusan peeperiksaan yang mana mata pelajaran yang sama diambil. Ya, berbanding selepas mengetahui result mesti! Aku takut jikalau harapan yang mereka berikan pada aku tidak kesampaian. Lingkiran kotak pemikiran aku semakin kusut.Luluskah aku kesemua paper yang aku ambil? Cemerlangkah result aku kail ini? Adakah tinggi berbangding sebelum ini? Adakah result kali ini akan memberikan satu revolusi dalam hidup aku sepanjang aku di university. Ya Allah ya Rabbi Ya karim….aku benar benar memohon pada-MU kuatkan lah semangat aku dalam mengetahui result aku. Berikan lah aku kejutan butir-butir kejayaan permata. Ya Allah amatilah usaha ku..redhokan lah perjalanan langkah ku di dunia ini dalam mengejar cita-cita.

Ya Allah sememangnya keputusan peperiksaan amatlah penting bagi diri hamba-Mu ini. Ini lah salah satu nya aku untuk bangkit membawa perubahan dalam kehidupan aku masa kini. Terutama buat keluarga aku. Akulah harapan emas mereka. Akulah yang akan membawa perubahan kepada mereka. Ya Allah tenagkan lah aku. Aku semengnya benar-benar memohon kepada-Mu .!!!

Akhirnya

Selepas beberapa minggu aku tunggu dan simpan dalam hati akhirnya aku beritahu jua. Petang tadi di Dewan Seri Iskandar (DSI) aku dah luahkan apa yang berlaku beberapa hari lalu. Seperti biasa aku terasa macam nak tumbuk sahaja muka member aku seorang ini. Bagaimana berani buat benda-benda macam itu.

Petang 27/07/2010 seperti biasa aku dengan dia berborak-borak pasal topic baru



p/s : lepas aku baca balik...baru aku perasan. story aku ni tergantung...hihihi~~

Bila aku start balik

Thursday, January 20, 2011 Posted by hasruL No comments
Assalamualaikum..selaku pembuka kata

Dah lama aku xupdate blog ni….agak-agak dari tahun 2009 last aku update. La ni 24jam dok mengadap internet da bosan xtaw nk buat apa..apa kata aku start update balik blog aku. Lagipun desakan dari sorang member aku ni..mintax sangat2 aku update blog. Xtaw la..apa yang menarik pasai blog aku pun aku xtaw..~

Emm..tangan baru nak mula taip ni....tetiba bos mai kat aku dia tanya...”hasrul, macam mana progress kerja kamu? Ok? Boleh saya tengok??” ..aduss…mana la aku buat lagi. . Aku cakap balik..boleh bos…sat noh meh saya bukak. Tup..tap..tup..tap..aku cuba dok cari mana folder yg aku coding html ni… Pastu nasib aku memang sangat2 baik, ada sorang staff ni panggil dia. Dan..dan la aku start buat coding 2..hehehe….

.......3 jam selepas itu............

Da separuh siap homepage web aku tu. Main tibai ja la.…tapi masih lagi tampak mengagumkan kerja aku 2..hahaha =) Nanti la sambung coding balik. Stop jap...malas la nak buat. tension betoi. Dok try test style baru nak apply kat homepage xjadi jadi pun. Geramm betoi la aku. xtaw nk refer kat sapa. 2 yang buat aku lagi pening dan binggung 2. Tapi nasib baik la ada makcik google.."university of free" kata sorang lecturer ni kat aku dulu kononya. Aku tanya la makcik kesayangan aku tu..dia pun start la bagi ilmiah yang bermutu lagi berguna. Tapi haram aku xpaham gak..~~

Memang da lama aku xupdate. Bukan malas..aku dulu masa kat u memang ada niat nak update blog aku ni. Tp nk buat macam mana ada masalah skit. Aku terlupa la password aku. Da macam-macam aku cuba buat, p jumpa bomoh, p ngangkung, tanya kat David teo mana taw kot2 dia taw password aku ka..tapi hampeh..xdak hasil langsung. sia-sia usha aku dlm mencari password aku 2. Tp cling..cling... aku teringat password aku 2..baru kelmarin aku egat. xtaw la, mcm mana la tetiba lak aku boleh ingat pasai passowrd aku 2. padahai tak penah terlintas kat benak otak aku nk ingat pasai 2 pun. Masa 2 la aku teringat akan member aku 2..emmm masa 2 aku start decide nk upadte blog nih...so akan mula bernyawa la blog aku ni....