"jangan jadikan diri sebagai penunggu hentian bas, datang untuk berteduh kemudian pergi berlalu begitu sahaja"

Thursday, January 27, 2011

Kawan Jenis Apa Kau

Thursday, January 27, 2011 Posted by hasruL No comments
kawan makan kawan
jaja cerita di jalanan
tokok tambah cerita penuh hasutan
agar kau dapat pujian

muka kau memang talam
perangai kau macam haram
kawan sendiri kau tikam
dengan kata kata penuh hitam

kawan sama kawan kau laga
motif kau penuh dusta belaka
depan cerita kau lah hamba
belakang cerita kau lah raja

sebab kau kami bertelagah
kerana kau kami gundah
salah faham punca amarah
kau hanya ketawa berdekah dekah

kau memang raja sembang
semua orang kau nak temberang
kau cakap memang senang
memang kau tempah pelempang

propaganda kau pecah tembelang
agenda sinis kau dapat dihalang
persahabatan kami masih lantang
yang benar tetap akan menang

dunia ini ada karma
kau pasti terima hukumanya
antara lambat cepat saja
tak dunia di akhirat sana


p/s : dalam sepuluh kawan mesti ada seorang yang berbeza



credited to http://publicitypublic.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment