"jangan jadikan diri sebagai penunggu hentian bas, datang untuk berteduh kemudian pergi berlalu begitu sahaja"

Thursday, January 27, 2011

Aku benci kau

Thursday, January 27, 2011 Posted by hasruL No comments
senyuman sinis kau seolah olah memerli aku
jelingan pandangan kau seperti menikam aku
gelak tawa kau ibarat menghina ku
kelakuan kau jelas memeritkan aku

apa salah aku sering menjadi mangsa
tak pernah untuk aku mencari silap sesiapa
adat manusia tiada yang sempurna
tapi kenapa aku yang harus kena

aku tahu kau punya kenalan hebat
aku tahu kau ada reputasi ligat
aku tahu kau miliki pengaruh kuat
aku tahu kau empunya pengikut erat
segala kuasa kau ada

jangan pula aku kau hina
aku juga manusia
punya perasaan memberontak jua

bukan pinta aku disenangi ramai
aku bukan jenis gila punya kawan ramai
dah orang suka kawan aku
nak buat macam mana

aku benci kau
bukan sebab kau punya kuasa
bukan kerna kau ada harta
tidak juga kerana pengaruh yang ada
sungguh pun kau punya segala
kau aku benci
kerana sifat kau amat keji
cara kau guna kotor sekali
penghinaan kau perit menikam hati
akan aku pertahan maruah ini



p/s : hidup ni banyak dugaan.





0 comments:

Post a Comment